i. Keimanan para sahabat yang mantap
ii. Para sahabat menjadikan masjid sebagai pusat mengurus keperluan masyarakat setempat
iii. Wujudnya kesamaan cita-cita dan harapan antara pemimpin dan pengikutnya,
Tiga faktor ini merupakan kunci kejayaan yang boleh dicapai sekiranya kita mempunyai keikhlasan terhadap Allah untuk memajukan umat Islam.Masjid atau surau yang kecil dan tidak cantik, tidak mendatangkan masalah, yang penting jemaahnya berhati besar, bersatu padu untuk memajukan ummah. Berbeza pada masa kini, bentuk fizikal masjid hebat tetapi ummah amat lemah, lalai dan lupa diri .
Firman Tuhan dalam Surah at-Taubah ayat 18 yang bermaksud:
Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, serta tetap mendirikan solat, dan menunaikan zakat dan tidak takut pada sesiapa pun selain pada Allah. Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang yang mendapat petunjuk.
Kepentingan solat di masjid amat ditekankan oleh Allah dan Rasul-Nya. Penerangan dan peringatan mengenainya disebut dalam banyak ayat al-Quran dan pesan Rasulullah, di antara yang penting ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Menyempurnakan wuduk, mengajak orang ramai ke masjid, menunggu solat selepas solat, dapat membersihkan dosa-dosa. Sesiapa yang berulang alik ke masjid, sesungguhnya Allah menyediakan untuk mereka suatu tempat di syurga setiap kali mereka pergi dan balik.Peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah boleh dijadikan iktibar menunjukkan betapa pentingnya solat di masjid. Seorang hamba Allah bernama Ibnu Ummu Maktum yang buta, selalu khuatir tentang keselamatan dirinya apabila keluar rumah untuk ke masjid kerana di Madinah ketika itu terdapat banyak serangga yang merbahaya dan perigi buta dalam perjalanan ke masjid.Beliau berjumpa Rasulullah dan menceritakan keadaannya itu kepada Baginda: ``Tidak adakah kelonggaran supaya aku boleh bersolat di rumah?'' Baginda bertanya semula kepada Ummu Maktum: ``Adakah kamu mendengar azan?'' Ia menjawab: ``Ya!'' Rasulullah pun bersabda: ``Aku tidak mendapati sebarang kelonggaran untukmu.''Daripada peristiwa ini membuktikan betapa pentingnya solat di masjid kerana masjid didirikan untuk kita beribadat dan menjalankan aktiviti keagamaan yang lain. Kalau fungsi ini kita abaikan, maka yang rugi adalah umat Islam sendiri.